Thursday, March 14, 2013

Deadscore x Beyond My Rage Split EP Review

Assalamualaikum dan selamat petang warga Malaysian Hardcore !

Pertama tama nya aku mahu memohon jutaan ampun dan maaf kerana tidak menulis review dalam jangka masa yang agak lama. Ini kerana aku terlampau sibuk dengan assignmnents, quiz dan exam yang berlambak. Namun pada hari ini aku akan menulis review yang menampilkan 2 band hardcore beatdown kental alam maya iaitu Deadscore dari KL dan Beyond My Rage dari Sabah.

Kalau nak tau rupa Split EP tersebut sila usha di sini www.facebook.com/deadscorebd . Aku beli by hand dari bro Mazri sendiri dan sedikit bangga bila diberitahu di KL ni akulah org pertama berjaya mendapatkan hahahaha. Line up mereka juga tidak kurang hebatnya dengan line up panas dalam scene hardcore Malaysia seperti Ardy ( Naratu ) dan Palie ( Second Combat ) serta saudara John serta Mazri sendiri telah melengkapkan lagi quartet ini sebagai sebuah band yang disegani di dalam arena muzik keras.

Split ini dimulakan dengan lagu yang bertajuk "Addiction" yang pada pendapat saya menceritakan tentang ketagihan terhadap perkara perkara negatif ( pada pendapat saya lah ) kemudian diteruskan ke trek kedua "Heart & Soul" yang lebih menegaskan kepada umum bahawa DEADSCORE IS BACK BABY !!!. Intensity mereka tidak pudar malah semakin bertambah dengan trek ke 3 bertajuk "Dirty Tackle" yang lebih menceritakan bahawa PRIDE IS EVERYTHING dan ketegasan mereka dalam berjuang demi muzik yang digemari. "No Regrets" pula sedikit sebanyak menyingkap Deadscore secara lebih mendalam. Trek ini lebih membicarakan mengenai jerih payah mereka dalam menaikkan nama Deadscore di mata peminat irama keras tempatan. Trek terakhir iaitu "Knuckle Effectz" merupakan trek penutup yang pada pendapat peribadi saya sangat sesuai untuk dimuatkan di dalam kompilasi split ini. Rasa nak bertumbuk pulak bila dengar lagu terakhir Deadscore ini. Nafas turun naik, jiwa naik gila dibuatnya.

Selesai sudah 5 bahagian daripada Deadscore, sekarang tiba masa saya review Beyond My Rage dari negeri Sabah yang mantap bha.

Beyond My Rage dianggotai saudara Mazlan ( vocal ), Alvis ( 1st guitar ), Ipul ( 2nd guitar ), Wan ( Drums ) dan Azmie ( Bass ) . Boleh tahan tough jugak susuk tubuh mereka semua ni hehehe barulah beatdown all the way ! Baiklah tanpa membuang masa marilah baca review mengenai trek trek mereka yang terdapat di dalam split EP ini.

Trek pertama "Step Into The Floor" pada saya merupakan trek pemanas badan bagi para mosher di Malaysia ini. Senang citer lagu ni mesra mosher la. Tapi jangan ingat bukan mosher pn tkboleh enjoy. Macam saya lah kahkahkah. Kemudia trek "Tuffluck For Tuffguy" mengambil tempat pendengaran dan menjadi konsumer medulla oblongata saya. Trek ini memang tough guy sungguh mcm "Knuckle Effectz" saya rasa nak tumbuk tanah pada mula nya namun nasib baik tak buat kalau tak tenggelam rumah saya hahaha. Kemudian trek ketiga "Brotherhood" adalah tak lain menceritakan mengenai semangat setiakawan antara kita dalam scene sendiri. Senang citer lagu ni kata jangan la bergaduh sesama kita, scene kita ini kecik je rugi kalau bergaduh. You are my family so do me as yours gituu hahahaha. Trek "Blood For Blood" ini pula lebih kepada amaran kepada sesiapa yang cuba menganggu gugat scene hardcore tempatan, lebih kurang "Kalau kau buat hal gua ketuk lu" cenggitu lah. Jadi kepada sesiapa yang ada niat murni yang jatuhkan org2 dalam scene baik la fikir 2 3 kali kalau taknak kene katok lagi2 dgn aku harharhar. Trek terakhir iaitu "Breakfree" lebih menasihatkan kita supaya menjadi bebas dan independent dalam menentukan hala tuju hidup kita. Tak perlu org sekeliling untuk manage kan kehidupan kita. We live for the code and by the code. Nothing change  then, now and FOREVER.

Selain nak sentuh tentang trek dalam split ini, saya juga nampak satu nama familiar yang buat artwork bagi split ini iaitu Pixel Dixel Art. Fuhh patut lah saudara Uze busy memanjang rupa nya dia dapat projek besar punya pun kehkehkeh. Tahniah Uze, gua suka la artwork split ni. Memang sesuai you all :P.

Secara puratanya walaupun split ini memakan masa yang agak lama tapi saya sendiri merasakan mmg inilah REAL DEAL sesuai la dengan tajuk split ini. Band band ini memang real deal dan patut mendapat sokongan dari kita semua. After all kita kan brotherhood jadi kenalah sokong. Harga split EP ni pun tak mahal la RM15 je utk warga KL boleh by hand. Kalau postage boleh la deal dengan Deadscore di FB diorang ok ? Tapi pastikan korang duduk mmg cukup jauh untuk di reach by hand kalau tak tak guno yo hahahaha. Jadi untuk menjadikan diri anda real deal dudes macam mereka kenalah dapatkan split ini sementara stok masih ada ( memang sentiasa ada insya Allah hehehehe ).

Gua rasa sampai sini ajelah review gua. Kalau korang nak tau kenalah beli sendiri dan ingat download adalah diHARAMkan sama sekali. Jangan nak download je. RM15 je pun, kalau topup kan awek kita boleh takkan band kita, org kita pn tkboleh nak support ? Mengado jolah ekau ni haa. Jadi apa lagi ? MARILAH KITA BEATDOWN SAMA SAMA JYEARGHHHHHH "stage dive high 5*

Assalamualaikum everybody !!!!

No comments:

Post a Comment