Saturday, March 24, 2012

HORRYFIED

Assalamualaikum.. Hari ini kita akan menjajah ke sebuah negeri yang terkenal dengan kuih akok nya dan juga budu iaitu Kelantan dan band yang menjadi perhatian aku ialah

HORRYFIED 

Mereka adalah 6 piece metal band yang masih muda dalam mengharungi arus dan ranjau scene keras tanah air. Bernaung di bawah label yang terkenal di Pantai Timur iaitu Gegey dan mendapat sokongan Attack Attack Studio, mereka ini telah menjajah Malaysia dengan persembahan yang intense dan mencabar, punyai aura metal yang mendalam sekali disertakan dengan alunan bermelodi dari abang keyboardist. Mungkin juga sebab vocalist dia tegar Lamb Of God agaknya HAHAHA. Walau apa pun tanggapan sekeliling, mereka telah membuktikan di depan aku sendiri di gig ini


Mereka perform dengan intense sekali sampai aku ke depan dan headbang bersama Ijat sambil menjerit jerit dalam bahasa Kelantan, aku harap Ijat faham lah, kalau salah jange marah boh hehehehe. Aku dapat rasa energy mereka membuak dengan lagu2 seperti A Man Of Honor dan satu lagu baru iaitu : Horryfied - Eat You Alive membuat aku headbang dan cuba buat windmill walau pun rambut aku pendek time tu. Segan betei HAHAHA. 

Baiklah, menyentuh pula lagu mereka, aku amat menyukai A Man Of Honor sebab permulaan lagu itu sendiri membuat nafas dan pemikiran aku melayang untuk menjadi seorang pahlawan dalam mempertahankan negara nya. Rasa nak pegang senapang pergi Palestin sekarang juga tapi apakan daya tidak mampu. Ijat berjaya mengemudi kapal Horryfied dengan baik sekali, instrumen yang makan dalam dan drum yang boleh tahan intense tapi masih boleh diperbaharui. Secara keseluruhannya, Horryfied punyai masa depan yang cerah kerana mereka muncul di tengah arus kemuncak genre keras yang membuak naik. Bagi aku sendiri, aku mencari sebuah band metal sebenarnya, tidak terlalu tua dan tidak terlampau muda, just nice bak kata orang dan Horryfied proves me RIGHT. Sebutan dan intonasi mengikut alunan emosi, YES itulah yang aku carik selama ini.

Walau apa pun tohmahan yang bakal mereka hadapi suatu hari nanti, aku pasti mereka akan berjaya mengharungi nya kerana tidak akan menjadi asas kehidupan jikalau manusia tidak busuk hati sesama sendiri. Mereka adalah anak anak muda kita, bakat yang masih segar hijau dan muda, ini muzik kita, HIDUP METAL UNTUK PENYATUAN. ALL HAIL BROTHERS ! \m/.

Dan kepada abang abang Horryfied teruskan perjuangan kalian kerana kalian masih panjang langkahnya. ALL HAIL ! STAY METAL \m/\m/


Mereka boleh dijejaki secara maya di http://www.facebook.com/horryfied dan dengarkan sendiri intensity dan aura metal dari Pantai Timur. Bereh Boh !!!!


p/s : Nampak mereka bergaya dengan baju baru kan ? Boleh didapati secara ekslusif di The Doll's Store okay ? Hanya RM50 sahaja :D


Sekian Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment