Sunday, October 13, 2013

TOGETHER WE STAND GIG REVIEW + OVERRATE

Assalamualaikum..
Maafkan aku sebab lama sangat tak update blog ni. Dah bersawang sangat dah ni.
Baiklah demi tidak membuang masa aku akan buat sedikit review gig yang dilaksanakan minggu lepas di bawah label Tempang Records milik Kenith Bakar, seorang rakan baik aku di dalam scene sambil dibantu rakan rakan dari Puchong Got Swag communities terutama sekali Arip dari Damn All Regret

Baiklah mari usha flyers dulu okay ?


Okay seperti yang dimaklumkan oleh Kenith, gig ini adalah gig terakhir dalam siri siri Together We Stand kerana beliau nak berehat dari scene ( erti kata lain dia nak layan K-Pop ) so gig tu ada sedikit sentimental values la jugak bagi aku dan rakan rakan yang lain.

Okay band yang pertama perform pada hari tersebut ialah Damn All Regret. Band dari Puchong ini memang power. Apetah lagi mereka bawak askar askar dari Puchong demi menjahanamkan gig ini. Dari jauh dah macam sekolah Suzuran mereka ni semua. Arip mcm biasa lepas perform terus barai tapi dia maintain dalam menolong kami jaga gig ini dengan jayanya.. Kemudian band tuan rumah yang takda nama, seterusnya Rehearse, Mirror Mirror, Evidence Speak, Damage, Overrate, Kebulur dan seingat aku band last semestinya band Knucks yang macam biasa cover lagu Hatebreed untuk naik kan semangat. Masa gig ni jugak ada 1 band baru iaitu Overrate yang telah perform selepas set Damage. Well maybe sebab line up lebih kurang sama so terus jelah jump to Overrate lepas Damage habis jahanamkan stage. Nak tahu lebih pasal Overrate ? Check out next paragraph

Overrate pula ialah band baru dari area Cheras dan percaya atau tidak frontman dia muda lagi beb. Band ini membawa genre Hardcore & Beatdown iaitu satu genre yang unik sbb tak ramai budak2 muda nak bawak genre ni.. Aku akan share sikit gambar gambar mereka semasa gig minggu lepas. Tapi sebelum tu mari berkenalan dengan line up mereka yang jambu jambu semuanya



Paan - Orale
Jen - Guitar
Brock- Guitar
Pooh - Bass
Katik - Drum

Masa gig ni frontman dia minum sekotak susu Good Day je bro. Aku amaze kau tau tak ? Lepas gig ni aku terus beli susu Good Day even aku tau rasa dia tak sedap langsung. Okay takda kene mengena pun. Berbalik pada band ini, aku malas nak cite banyak, engkorang nilai la persembahan diorang kat SINI. Memang confirm berbaloi punya. Intensiti memang tak boleh nak digambarkan. Sungguh nakhorom sekali bak kata orang belah2 Utara.. Berbaloi pada organizer yang berminat nak jemput mereka perform di gig gig akan datang.  Semua new blood okay. Darah orang muda, energy tak habis sampai esok. 

Kebulur macam biasa lah takpayah diperkenalkan lagi. Aku dah 1st tgk diorang haritu maka aku tak kebulur dah lepas set diorang. Aku sempat jugak berbual dgn frontman dia iaitu Abu Abbas dan bertukar tukar pandangan mengenai scene dan serba sedikit tentang anarkism. Such a good conversation sebenarnya. Banyak ilmu aku dapat. Mirror Mirror pun band baru, single diorang iaitu Infractus pun ada dimainkan di radio Traxx FM setiap hari Sabtu 9pm-12am so korang boleh request kat sana okay :D..

Band terakhir iaitu Knucks pun tak perlu diperkenalkan lagi. Ayed hari tu dengan topi Luffy dia je dah buat aku happy. Cimok macam biasa blasting drum set dia macam nak mintak beli baru. Dan aku semestinya crushed di tengah tengah mosh pit dan 2 step yang berleluasa. Aku boleh katakan pada set diorang ni paling keras punya mosh pit sampai senak peranakan aku. Nak tau lebih lanjut tengok la video diorang boleh la TEKAN SINI. Senang cite memang rabak set mereka ini. Nak tengok mereka lagi boleh la korang datang ke Chaos At Rumah Api pada December nanti.

Keseluruhannya pada pendapat aku gig ni sukses walaupun Kiss The Fallen terpaksa cancel pada saat saat akhir atas perkara yang tak dapat dielakkan. Namun pada aku gig ini masih mencapai standard full house memandangkan ia gig free. YES its FREE. So there's no point kalau crowd tak enjoy kan ? Kalau tk enjoy tu salah sendiri la brother :D.. Aku enjoy sambil disertakan sakit badan dan bengkak bengkak. Apa pun adalah diharapkan Kenith akan kembali organize gig gig yang menarik pada masa akan datang kerana pada aku beliau mempunyai semangat yang tinggi demi menaikkan scene ke arah lebih maju. Disini juga aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada Kenith & Tempang Records, Abang Man & Rumah Api, Abbas & Kebulur, Cimok & Ayed from Knucks dan tk lupa Arief Iqmal & Damn All Regret kerana kalian juga menyumbang kepada kejayaan gig ini. Alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku sepanjang acara berlangsung. 

Sekian sahaja review gig pada kali ini. Berjumpa kita di gig gig akan datang. Adios Amigos. 

ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment