Wednesday, March 28, 2012

AL-FATIHAH BUAT ARWAH HERRY FROM HOME RUN / CHANNEL X


Assalamualaikum..

Seperti yang kita sedia maklum sahabat kita dari HOME RUN iaitu Encik Herry telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu jam 1.30 pagi.. Kehilangan beliau merupakan satu tamparan yang amat jelas perit nya kerana mereka baru pulang dari Indonesia selepas seminggu berada di sana dalam rangka lawatan dan tour di sana.. Bagi aku sendiri, ini merupakan satu kehilangan yang amat besar, besar dari segi muzikal dan yang paling penting PERSAHABATAN. Arwah merupakan seorang yang sangat disenangi oleh teman teman seperjuangan di dalam scene bermula dari circa Channel X hingga HOME RUN sekarang. Sifatnya yang umpama abang dalam melindungi adik adiknya amat lah dikagumi sekali.


Jelas pada pandangan aku sendiri, arwah merupakan pemain bass yang sangat berbakat. Bakat beliau sukar dicari ganti pada masa sekarang. Kehilangan beliau banyak memberi kesan kepada kita semua sama ada di dalam scene, ahli keluarga dan warga arus keras di Malaysia kini. Kali pertama dan mungkin kali terakhir aku melihat mereka perform secara live ialah pada gig Straight Answer LIVE at The Wall Batu Pahat tp pada waktu tu beliau bermain gitar. Selepas performance mereka sempat juga aku bercakap cakap dengan mereka dan arwah sempat menandatangani CD mereka untuk aku. Sekurangnya dapat aku melempiaskan rindu kepada beliau dengan melihat tandatangan nya di CD tersebut. Tak sangka itulah saja memori aku bersama arwah walau dalam jangka waktu semalam sahaja tp beliau banyak menasihatkan aku tentang erti kehidupan yang positif.


Tiada apa lg dpt aku coretkan disini selain daripada ucapan takziah dan bacaan Al-Fatihah buat keluarga arwah dan arwah Herry sendiri. Semoga roh nya dicucuri rahmat insya Allah..


Buat HOME RUN, takziah buat kalian, bukan kalian sahaja yang merasa kehilangan tetapi kami merasa kan  ia juga... Satu kehilangan yang tak dapat dicari ganti. Memang yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti namun bagi aku ia akan memakan sedikit masa kerana tidak kan sama seperti yang asal :( .


AL FATIHAH buat arwah Mohd Hairy. Semoga dikau tenang di sana sahabat :(

No comments:

Post a Comment