Sunday, April 1, 2012

Kata Pukul .... Mula ? Bila Nak Mula Weh ?



Assalamualaikum...

Apa habaq warga Malaysia sekalian ? Terutama di kawasan Lembah Kelang, Ampang dan sama waktu dengannya ? Macam mana malam nie ? Aku bengang betul sbb Reina kene kad merah. Apa salah botak tu naharommm ? Okay lah untuk tidak memanjangkan masa lagi mari kita kupas tajuk di atas. Pasal apa eh tajuk nie ?

Baiklah bila kita tgk balik tajuk nie mesti ramai kata " Pasal masa lah nie". Jadi mmg betul la tekaan korang semua. Post aku kali ini mengenai masa. Masa apa ? Marilah baca pada perenggan bawah nie. Relax jgn pkul aku ya :)

Baiklah, selalunya kan gig kt Malaysia nie start pkul bape eh ? Kalau dalam flyer kata pkul 2 mahu nye pukul 4 baru start dan begitulah selebihnya. Ada tu aku pernah pergi pkul 6 pun tak start lagi, dengan band tak buat soundcheck semua, acano tu ? Memang dah jadi adat ke band nie semua dtg lambat ? Adakah sebab malas ke, atau mmg saja saja je nk dtg lambat. Mentang2 lah dah top HAHAHA. Baiklah kenapa perkara ini terjadi ya ? Senang ada jawapan nya ada pada kita semua iaitu DISIPLIN. Yes disiplin maaf la aku ckp sesetengah band kt Malaysia nie tak pernah nye kuat. Paling senang time jamming lah. Tempah studio pkul 12tgh malam tapi pkul 1.30pg pun batang hidung tak nampak lagi. Bila hantar text kata otw otw padahal tengah merendek dengan awek, acano tu ? Baik mcm aku ckp relaks jgn emo dengan aku. Tak betul ke apa yang aku cakapkan nie ? Berapa banyak band yang aku tgk akan dtg SEBELUM gig tu start even slot mereka lambat lagi ? Tak banyak dan boleh aku katakan dalam 2-3 kerat aje. Mereka inilah yang berjaya sebenarnya. Gua malas sebenarnya nak ckp lagi benda nie tp kalau tak ckp mereka takkan sedar. Biarpun band kau dari semuda2 baru nak up dan band yang tahap lejeng gile dewa pun tak patut amalkan perkara sebegini. Jadikan waktu yang ditaip atas flyer tu suatu realiti. Kesian kadang2 ada antara crowd terpaksa pulang awal sebab atas alasan restriction parents. Ya, aku faham kebanyakan fans irama keras nie umurnya muda2 ada yang masih di bangku sekolah lagi. Jadi inilah masa nya yang sesuai untuk aplikasikan DISIPLIN. Kesian mereka dah bayar RM puluh2 tapi in the end tak dpt tgk band fav perform sbb lambat sangat and parents dah dok bising call suruh balik sbb esok sekolah or etc etc.. Tak cantik la macam tu. Band itu sendiri kehilangan sorang fans dan organizer takkan tak fikir "Tak syok la mcm tu",  kan ? Datang ingat nak enjoy tp dorang balik kosong je dan kadang2 hati berapi2. Selain daripada masalah dengan parents, mereka ini juga dtg dengan public transport mainly LRT and bus. So kalau gig start lambat diorang terpaksa fikirkan transport nak balik. Bukan semua suka overnight kawan kawan. Macam aku, lebih rela balik drop atas tilam empuk daripada atas tembok keras. Fuhh pecah spine aku tau tak ?

Jadi, sebenarnya isu nie bkn masalah band mahupun organizer SAHAJA tetapi masalah pemilik venue tu sendiri. Kadang2 ada sesetengah venue saje je dibuka lambat atas alasan nak tunggu crowd sampai, Kalau nak tunggu macam tu alamat sampai raya haji tahun depan la baru gig nak start kan ? Jadi apa salahnya dibuka aje and biar crowd yang dah sampai enjoy, di sini jugalah karisma sesebuah band sangat penting. Bukan aku suruh kau nyanyi sampai 10 lagu, korang belum tahap mcm SEARCH lagi * sekadar contoh *, tetapi kau kene la pandai handle crowd. Kasi panas sikit udara dalam tu, kasi kaki overdose nak mosh, stage dive dan sebagainya baru lah kau digelar bkn sekadar band tapi PERFORMER and ENTERTAINER. banyak beza dari hanya sebuah band biasa yang jamm setiap Jumaat malam Sabtu and perform Sabtu Ahad sampai rabak tp orang yang tgk korang kata " biasa jelah band nie, xde apa special pun ". Kan macam celaka bunyi nya tu ? Tak rasa membazir ke duit korang jamming tu ? Sewa bkn murah kadang2 ada RM25 paling murah. Boleh beli nasi goreng kampung berpinggan tau tak ? Tak sanggup aku weh -___-'.

Jadi, kepada semua yang terlibat di dalam scene, jadikan post aku nie sebagai nasihat dan teguran bukan nak condemn mana mana pihak sebab in the end aku akan dtg ke gig korang juga, masuk kawasan korang jugak kan ? So aku cuma nak scene kita berkembang maju. Kalau nak dibandingkan dengan scene Amerika, Europe dan lain2 negara SEA kita masih jauh lagi nak berjalan. Kalau perkara simple macam nie tak dapat diatasi macam mana kita nak bersaing dengan international market yang semakin berkembang ? Fikir fikirkan dan SELAMAT BERGEMBIRA :)

Sebelum aku blah korang boleh enjoy single baru dari DIAL M FOR MURDER feat Ash from MC16 iaitu COMPASSION

Sekian, Assalamualaikum

1 comment:

  1. Tapi ada gak band yang datang awal,tapi organizer suka hati tukar slot band.Band yang main awal tak pasal-pasal main last.Macam jilaka juga kadang2. :P

    ReplyDelete