Wednesday, March 7, 2012

NOTHING UNDERNEATH

I will never let, you take it all away,
From the insideI
I throw you far away
What i'm being just now, Iits all what you did before,
Enough!,Go away !
And i tell ya
It will never end like this.
All lies and hope you gave me 
What have you done to me
I tried to be someone else don't turn your back on me.
And now go cry to your mom ! 

- FROM FIRST SPIRIT TILL LAST -


Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia. Apa khabar kalian semua sama ada yang bersekolah mahupun bekerja.


Baiklah hari ini aku nak ketengahkan satu lagi bakat baru iaitu


Nothing Underneath


Yes mereka adalah sasaran aku kali ini. Aku tau band ini dah lama juga berada dalam scene *lama dari segi gig gig yang dah disertai* tapi what the hell lah kan ? Ok secara natijah nya berikut adalah serba sedikit mengenai Nothing Underneath dari bumi Perak Darul Ridzuan. Metal bebenor kome semua HAHAHA 


 "Nothing Underneath is Death Metal outfit from Ipoh, Malaysia. Founded in 2008 to search for life satisfaction and to empathize more deeply the meaning of music and experience in the music world. We are still young and hope we can go more further in the field of music. Many other things we need to learn about music. We listen to all genres but more to Death Metal genre. We talk about dignity of the world which has turned ,and we correct a wrong thing to be true, its about "Dismantling The Obscure Fraud".

Haa macam mana ? Dapat idea keseluruhan nya bukan ? Mereka ini pun masih ada yang berusia belasan tahun tahu tak ? Eh kejap aku ada dengar suara halus kata "Kenapa Mereka ?", well aku suka macam ini kerana mereka adalah pewaris scene ( nah sejibik kena ) sebab kalau tiada mereka takda la warna warna kehidupan betul tak ? Dengan kehadiran mereka ini bkn sahaja memeriahkan scene tapi crowd akan lebih bebas memilih yang mana mereka minat so takda lah sangkut pada suatu perkara je kan ? Seperti post aku yang lepas-lepas, aku minat mereka ini kerana bila 1st time aku dengar single mereka iaitu " From First Spirit To Last" dah buat aku terbuai dengan riff garang, drummer serupa kuda Babylon 5 dan vocal yang aum dapnyeeee walaupun bagi band yang hijau muda lagi. Biarpun kualiti rakaman pada aku masih kurang tapi vibe dah ada so tak usah risau okay ? Memang berbaloi keluarkan duit untuk tonton mereka secara live di depan mata. Kalau tak percaya usha gambar gambar berikut












Mereka pun baru release EP iaitu " Dismantling The Obscure Fraud" di Rain House Ipoh pada bulan Januari lepas kalau aku tak silap lah. Walaupun aku masih tak dapat memegang EP tu di depan mata tapi takpa next time baby !. Mereka juga dah upload di FB mereka dua single iaitu "Fraud Of Gentiles" dan "Crucifixion Of Truth". Anda boleh check out di www.facebook.com/nothingunderneath dan headbang sampai esok pagi okay ?. Mereka juga dah shared same stage dengan band Malaysia yg lain seperti Daarchlea, Sammael Abraham, Thy Regiment dan ramai lagi nama besar dalam scene ini.Reputasi mereka juga sangat baik di tempat mereka sendiri iaitu Ipoh, kalau tidak masakan Sammael Abraham sendiri mengakui mereka merupakan band yang bekerja keras memperkenalkan jenama mereka di mana mana sahaja mereka perform. 


Aku teringin sekali nak tgk mereka ini secara live tapi masih tidak berkesempatan lagi. Agaknya kalau aku dpt tgk mereka live mesti masyuk and meroyan punya lah, Lagipun gua kaki headbang kepala so kalau dpt dgr "Fraud Of Gentiles" sekali mesti mahu lagi punya HAHAHA. Riff yang makan dalam juga merupakan penentu bagi aku untuk suka lagu ini. Manakala lagu "Crucifixion Of Truth" aku suka part seperti keyboard kat bahagian middle of the song. Seram korang tau tak ? Macam tgh tgk cite Halloween sambil bukak lagu nie so dia punya horror element memang terbaik bagi aku. Vocal bagaimanapun sukar untuk aku tafsirkan kerana berubah ubah style betul sampai aku rasa tak dapat nak bandingkan dengan mana mana band luar mahupun Malaysia sendiri which is thats good bermakna mereka dah jumpa style mereka sendiri.


Walau apa pun review yang diberi tidak kira sama ada di kalangan penggemar irama keras mahupun kawan kawan rapat terhadap mereka aku tetap yakin mereka akan dapat mengharungi jalan sukar di dalam scene ini kerana gua mengakui mereka mempunyai talent yang tak patut dibazirkan. Mana tau mereka bakal dapat beraksi di festival festival metal dalam mahu pun oversea *Malaysia kalau ada metalfest memang dah bagus betei*. Sama sama kita doakan mereka supaya dapat menjajah dunia metal suatu hari nanti dan buat Nothing Underneath anda tidak keseorangan kerana HEADBANG ARMY ada di belakang anda. ALL HAIL \m/\m/


STAY METAL buddies !!

No comments:

Post a Comment