Tuesday, May 15, 2012

ENDZEIL

Assalamualaikum dan selamat petang semua :). Gua kembali untuk review band band yang menjadi feveret gua secara personal dan kali ini gua nak perkenalkan satu nama dari tmpt gua tak pernah jejak iaitu Subang Jaya dan band itu adalah


ENDZEIL 

Sextet * yang bawa maksud 6 orang atau lebih dalam satu kumpulan* yang membawa genre Deathcore ini dibarisi 6 orang jejaka dan seorang bunga poison ivy yang tegar dalam membawa kepelbagaian dalam scene Malaysia hari ini. Sebelum lebih lanjut mari kita berkenalan dengan mereka semua. Endzeil terdiri daripada

Big - Vokal
Afiq - Gitar
Pete - Gitar
Anaz - Bass
Lily - Keys
Paan - Drums

Gua first time catch depa live masa gig Through The Unity II anjuran PixelDixelArt. Memang nawaitu gua nak tgk depa perform sebab bile gua tgk flyers2 gigs yang mereka pernah main gempak tu wehh. Pernah satu stage dengan Terror kot. Agak2 nye Scott baca tak review aku nie ? Harap dia ambil kelas Bahasa Melayu la ye :). Berbalik pada Endzeil, menurut vocalist mereka Mr Big yang sempat aku interview kejap lepas gig sabtu lepas mengatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk merakam material terbaru untuk EP mereka yang akan datang. Itu yang gua nak dengar sebenarnya tapi memandangkan atas faktor kekangan masa dan komitmen dan macam macam lagi maka progress EP mereka berjalan agak perlahan tapi MASIH berada di landasan yang betul. Tak kisah la ambil masa 10 tahun pun janji gua dapat beli EP tu nanti HAHAHA. 

Bukan 1st time sebenarnya gua nampak Big kat mana mana gig dalam Malaysia especially kt Rumah Api Ampang, cuma gua agak segan. Yelah mana taknya, susuk fizikal Big yang memang big buat kan aku seram tgk dia nie TAPI bukan itu persoalan nya. Bila aku berborak dengan beliau aku dapat rasakan beliau ini lemah lembut orangnya tapi jangan salah sangka, ganas ohh bila atas stage. Mendongak aku nak tgk diorang perform HAHAHA. Energy yang gile blast keluar tanpa henti henti dari mereka semua dan sudah semestinya sebagai frontman berkaliber, Big telah control macho dengan err cara yang ganas. Masa gig Through The Unity II tersebut mereka telah menyampaikan beberapa buah lagu lama mereka dan erm mungkin ada 1 2 lagu baru yang aku tak perasan tajuknya sebab tengah hyperbola mungkin ?. Walau apa pun gua memang terasa bahagia selepas tgk mereka ini dan err mungkin agak bahagia juga tgk cik Lily control instrument dia hehehe * jangan marah *. Dengan adanya nya Cik Lily dalam line up Endzeil menurut Big mereka akan masukkan juga elemen techno dalam lagu lagu mereka. Uishh Deathcore campur dengan Techno macam mana bunyi dia tu ? Nak tau kene tunggu EP mereka siap lah okay guys ?. Mungkin mereka akan ubah persepsi aku terhadap genre Techno yang selama ini dipelopori dan diikuti orang2 kita depan Maybank BB sambil menggesek tapak kasut ke lantai. Hurm kemungkinan itu ada. Mungkin lepas mereka dengar EP Endzeil mereka akan headbang pulak. Nak tau jugak kan sebab music always evolve and it evolve for the best. 

Gua sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua band kt Malaysia dan rantau SEA amnya. Tidak terkecuali dengan Endzeil. Gua mengharapkan mereka sentiasa berusaha dengan gigih tanpa penat lelah kerana kami sebagai fans mereka sentiasa mahukan yang terbaik. Khas buat Endzeil, kalian membuktikan jerih perih dan penat lelah untuk bergelar icon dan idola pada aku. Biar pun 1st time catch korang tapi tak bermakna aku tak ikut perkembangan korang semua. Gua bangga dengan apa yang korang dah capai sekarang bukan sebab korang dapat satu stage dengan band feveret gua tapi korang buktikan bahawa tanpa usaha maka tidak ada kejayaan. Buat Mr Syafiq @ Big, teruskan membuang stigma bahawa orang seperti kita tidak boleh berjaya. Stigma negatif mengatakan manusia berbadan besar tidak boleh berjaya. FUCK THEM ALL FUCK THEM HARD * sorry kepala otak jangan kuning sangat *. You guys show them how it feels like to have what we call A TRUE FAN BASE.

Keep on writing good stuff and stay goofy on stage. Gua yang mewakili segelintir peminat muzik irama keras yang tidak bersifat prejudis mendoakan agar Endzeil stay sharp, stay brutal and stay AWESOME.

* Untuk gig mereka seterusnya boleh lah melayari FB mereka di www.facebook.com/Endzeil dan dengar kan intensity brutal irama rabak gegendang telinga khas untuk true MALAYSIAN. Ini band kita weh, ini produk kita abe wehh. Marilah kito dok denga samo samo weh !!!!*

Assalamualaikum dan salam salam salam lagi !!!

2 comments: