Saturday, October 20, 2012

O.S.A.

Assalamualaikum kawan kawan, maaf dengan kehilangan diriku. Salahkan KPTM di atas assignment, kuiz dan exam yg berlambak. Aku kembali utk review local bands yang awesome dan kali ini pandangan aku terarah kepada satu band hardcore/punk/crossover atas senang cite nama pendek dia fastcore iaitu


Mereka merupakan band fastcore terbaru di arena scene kita yang aku rasa sangat awesome. Memang padu gila wa ckp sama lu. Mereka juga dah release self title demo mereka dan menurut vocalist mereka Firdz, dah sold out dan akan reprint lagi 50 keping. Nak tgk camne rupa demo mereka ? Tadaa


Semalam jugak aku dapat usha mereka di gig This Is Hell 19 yang di organize oleh Rumah Api dan Abang Man Beranak yang makin hensem gua tgk. Gig itu jugak ada band mcm Nuisance Drilled ( Sludge Doom ). School of Prison ( Punk Rock Pelempang ) dan juga band lejen bagi gua iaitu JALANSEHALA. First time dpt tgk O.S.A. dan JALANSEHALA sebenarnya. Tp gua akan cite pasal JALANSEHALA pada post akan dtg. Sementara itu ini flyer gig smlm. RM5 je beb so rugi ler sapa tak dtg 


First song mereka bawak adalah anthem paling sempoi mereka iaitu "Corporate Dogs". Faham kan maksud lagu ni ? Seterusnya lagu "Mampuslah Kau Kali Ini" pulak memecah suasana panas dalam Rumah Api, Kali ni aku berani sikit ke depan dan melalak bersama Firdz sbb lagu ni feveret gua. Nak nak bila part dia pass mic masa part ending lagu tu buat gua nak nangis. Thanks abang Firdz :P. Lagu2 seterusnya aku tak berapa perasan tajuknya tp gua rasa ada 1 lagu cover tak silap dan Akem selaku pemetik tali telah karaoke dengan berlagaknya di atas stage ( hehehe jangan marah ). 

Kapasiti gig semalam adalah pada tahap memuaskan namun boleh diperbaiki lagi, Mungkin sebab JALANSEHALA dah perform kot. Tapi apa pun gig ini berlangsung dengan jayanya dan aku bersyukur tiada perkara buruk yg berlaku. Tahniah kpd organizer yang menjalankan tugas terbaik seperti siri This Is Hell yang sebelum ini.

Next gig This Is Hell 20 akan dijalankan pada 26th October 2012 so marilah datang beramai ramai okay


Sekian assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Gua nak blah pergi Langkawi pastu study utk final exam next week. Doa kan gua berjaya dengan errr jaya nya. Bye :D

*Kredit gambar kepada O.S.A. and the geng, plus demo depa dah habis, tunggu la full length terus. Fast Fuckity Fast baby !!!!




No comments:

Post a Comment