Saturday, March 3, 2012

SLEEPING SORROWS


Assalamualaikum

Bertemu kembali semua dan salam hari Sabtu hujung minggu yang terbaik dari ladang Koko Krunch. Okay lah seperti yang kita dapat lihat di atas adalah material terbaru dari satu group yang boleh dikatakan hijau dan bakal matang tak lama lagi iaitu SLEEPING SORROWS. Ye kenapa aku expose band ini ? Akan aku terangkan sebentar lagi.

Sleeping Sorrows ini secara asasnya ditubuhkan oleh beberapa orang anak muda yang sememangnya muda iaitu :

Eykram

James

Fendi

Matt

Hanif "Jimmy" Ahmad

Muda disini maksud aku ada di antara mereka masih berada di bangku sekolah lagi. Ini yang buat mereka ini sangat amazing bagi aku kerana mereka cuba membuktikan bahawa mereka yang muda hijau HULK nie mampu menggegar jaring scene HC Malaysia. Bermula dengan single "Beguiler" mereka mula menapak sedikit demi sedikit ke dalam arena music keras ini. Sudah beberapa gig mereka dah takluki namun seperti biasa aku sedikit ketinggalan di belakang dek kerana kekangan mak ayah utk pergi ke gig gig mereka * dan band band lain semestinya * tapi itu tak menjadi masalah bagi aku kerana Malaysia dah maju bukan seperti 100++ juta dahulu di mana manusia menurut Charles Darwin adalah dari beruk dan takde akses kepada kemajuan *god blast him*. Dengan sedikit bantuan Youtube dan Mark Zuckerberg maka tadaaaa ! mereka dah upload few material ke dalam alam maya dan aku koyakkan eardrum aku dengan Beguiler, let say sampai seminggu lebih HAHAHA. 

Menurut James dan Fendy mereka nie membawa genre Metalcore and ada elemen classical sikit ( ehem sedap betei nie ) tapi buat fans di luar sana jangan lah terus gabung kan kedua nya menjadi Metal Classic atau Classical Metal, ini lah masalah orang kita, suka sangat judge genre orang sampai tak boleh nak diberi penambahbaikan langsung. Anggap lah mereka bermain main dengan genre sebab genre itu luas. Kalau diorang nak main dondang sayang versi metal apa salahnye kan ? Baru 1Malaysia katanyeee. Aku nie kalau boleh nak tgk mereka nie main at least kt ROTTW Soundstage sebab bukan kerana nak supershot to stardom but they deserve more and more dalam scene ini. Seperti yang kita sedia maklum band band baru mmg diperlukan dalam scene so mereka ini adalah contoh terbaik. Muda, energetic dan performance yang berlainan dalam setiap performance *pada pendapat aku lah* mereka ini akan dapat pergi jauh insya Allah. 

Seperti kapal, sebuah band memang memerlukan seorang nakhoda yang berwibawa dan bagi aku dalam SS ini, James adalah insan yang bertanggungjawab compose semua lagu mereka sambil dibantu band mate lain. Bukan bermakna dia sorang je buat kerja okay ? Aku cuma kata dari segi composition memang James ada bakat yang boleh digilap. Lirik mereka juga sangat catchy *kalau tak takkan aku sing along masa Stand Up & Scream* and that thanks to Hanif sebagai sorang tukang karut yang memang mengarut HAHAHA. Mereka juga amat mementingkan kualiti daripada kuantiti dan ini dapat dilihat pada penghasilan material yang mengambil sedikit masa *takpa janji telinga semua sedap* tapi walau apa pun even it takes eternity aku akan tetap tunggu material terbaik dari mereka. 

Disini juga aku sertakan flyer gig terbaru mereka yang bakal dijalankan seperti tarikh dan masa berikut :
Jadi marilah memeriahkan gig ini dengan menyokong band band lain yang terlibat sama. Line up yang aku rasakan "boleh pergi jauh" seperti Black Territory, I Revival dan band yang aku exposed sebelum ini iaitu Death Is A Lie pun ada untuk menjahanamkan Rumah Api, Ampang nanti. Sediakan wang secukupnya dan lets get ready to RUMBLE !!!

Sekian, Assalamualaikum

3 comments:

  1. serius shit, aku suka band sleeping sorrow ni! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha diorang nie best weh, aku dpt rasa aura dia naik2 lah

      Delete
  2. i love eykram.He is so handsome.I'm melting.

    ReplyDelete