Sunday, March 18, 2012

CHELATION INTOXICATION

Assalamualaikum dan salam hari minggu buat semua. Hari ini kita akan melalui jalan yang sukar dan berdarah jauh datangnya dari utara Malaysia iaitu :

Chelation Intoxication

Mereka ini jauh datang dari negeri Kedah Darul Aman. Sebuah band yang membawa genre Slamming Death Metal yang memang slam gila lah. Setiap lagu yang disampaikan memang membuat korang semua headbang sampai urat sampai ke telinga * ehh macam mana tu ? *. Mereka memang intense dalam setiap persembahan mereka di sekitar Semenanjung Malaysia. Kalau tak percaya meh usha sedikit apa yang aku maksud kan



Nampak kan ? Memang brutal brother ini semua. Baiklah sebenarnya aku discover band nie tanpa disengajakan selepas bertemu dengan Encik Uze dari PixelDixel Art di Rumah Api Ampang semasa gig Stand Up & Scream buat pertama kalinya hehehe baik juga En Uze nie :). Time tu dia dok tanya sapa nak beli CD promo mereka ini ler. Meh usha sikit camne rupa demo tu hehehe

Malangnya demo ini dah pun sold out. Kira aku bertuah la dapat membelinya kan HAHAHA sila jeles okay. Tapi mereka mungkin akan release new stuff tapi gua tak tau lah bila kan. Kalau nak tau kena lah tanya depa semua. Selain dari itu, persembahan mereka di Rumah Api masa gig "Through The Unity" juga memberi satu aura yang berlainan sekali. Bukan mudah nak tengok sebuah band yang membawa genre seperti ini bermain di Rumah Api. Memang jarang sebenarnya so kalau nak tau bertapa intense nya performance mereka mari lihat gambar di bawah. Kita lihat sapa yang kena !!!







Nampak kan ? Sampai kawan ku Akem tu pun ke depan maka memang band nie best la HAHAHA. Walaupun aku tak berkesempatan ke sana atas kerana komitment keluarga aku dah basah kuyup headbang nie HAHAHA. Harap next time depa sampai Ampang dapat lah aku kesana menonton mereka dan ye mungkin belanja makan ke apa kan mana lah tau :). Barulah brotherhood KAHKAHKAH. Well, aku merasakan mereka ini tight juga sebagai sebuah band kalau tidak takkan mereka dapat release sebuah demo yang langsung tak bunyi macam demo. Kalian faham kan ? Dah macam standard EP bagi aku lah. Ke memang depa saja saja boh demo sebab nak test market ? Mungkin juga tapi walau apa pun strategi mereka, mereka dah nailed it with awesome and amazing outcomes. Sold out tuu !!!! Memang terbhoikkkk HAHAHAHA. Jadi untuk merasakan sendiri intensity persembahan mereka sila datang ke mana mana gig yang tertera nama mereka kerana aku JAMIN korang takkan menyesal spend some money on them. Macam aku kata ini band kita, orang kita dan muzik campuran orang2 kita jadi tak rugi spend utk mereka. Kalau rokok Dunhill RM10 sekotak boleh beli takkan lah RM15 paling murah 1 gig pun tak boleh nak keluarkan betul tak ?. Jadi mari kita sama sama nantikan aura kematian berdarah dengan slam yang tak sudah sudah dari mereka. ALL HAIL !!!!

Sebelum aku melangkah pergi marilah sama sama headbang dengan lagu ini.Like a boss drummer dia main HAHAHAHA.... Assalamualaikum !!!


9 comments:

  1. Assalammualaikum . Terima kasih Matt Hamzah atas review2 yg dilakukan oleh anda bro !! Kami tabik , kami appreciate kerja anda !! Kami pun berharap dapat gegarkan Rumah Api lagi !! Dan sekali lagi yeahhh thanks for the support ! Stay slam Metalheads !

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah
      terima kasih dengan semua kata kata perangsang kalian :)
      semoga kita berjumpa lagi lain kali
      STAY SLAM BABY !!!

      Delete
  2. aku suka betul baca tulisan2 Matt ni. mmg menarik perhatian. syabas bro! taknak buat fb page ke? hhehehehhehehehe

    ReplyDelete
  3. kehkehkehkeh terima kasih abang encem :D . insya Allah satu hari nanti :) kita tgk sapa yang kena !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankq sekali lagi kerna snggup mmberi masa untuk menulis entry yg diatas..thankq juga kerna trus support band ini..sya hargai sngat2..KEEP ON SUPPORT BRO...buktikan owng utara pown boleh hihihih....(^_^)(^_^)"
      ~~bassist CI~~

      Delete
  4. gotta love the vocal,sick as fuck.as for the drums, bunyi too machine.other than that,teringat kat disgorge.haaa.

    ReplyDelete
  5. agree with you bro.. maybe drum dia agak macam machine tp overall it still a blast :)

    ReplyDelete
  6. yg best nya review ni dibuat pada birthday aku...thanks for the support!!cheers!!..kira ni birthday present utk aku..aumm |m|

    ReplyDelete