Friday, September 21, 2012

MENGAPA HARUS BEGINI ?

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang barakah buat kalian semua. Pertama sekali ingin aku ucapkan seribu kemaafan kepada kalian atas kekurangan update di dalam blog ini untuk tatapan kalian semua. Almaklumlah aku dah bergelar student jadi assignment dan Quiz menjadi santapan kepala otak hampir tiap hari.

Baiklah cukup dengan mintak maaf, kali ni aku nak korang tekan kan tajuk di atas, sila baca dengan nada kesal, menyampah dan sebagainya. Baiklah kenapa aku buat post ini ? Pertama sekali dah kecoh dah dalam 2 3 hari ni dalam salah satu laman group utk bdk2 scene kita ttg sorang bdk yang nak pergi ke upcoming gig pada minggu depan, tak perlulah aku bgtau nama gig apa sbb korang pun dah havoc pasal benda ni. The problem is mereka mereka yang "power" ni dok kutuk2 la bdk tu. Okay la sebenarnya aku pun annoyed gak dengan bdk tu sbb INFO dia kt FB pun nak makan penendang silat cekak TAPI kalau dah sampai korang dok malukan dia dengan edit2 gambar dia ni aku nak tanya gak soalan berikut "KORANG DAPAT APA ?"  dengan kutuk2 dia. Kepuasan ? Kemegahan ? Keseronokan dapat trolled dia secara public ?

Oh c'mon kalau alasan korang semua atas sebab sebab di atas maka STOP IT and DROP THE ACT. Aku maksud kan nya kawan kawan semua. Aku pernah rasa gak dulu kene kutuk dengan member2 yang lg dasat dari aku dan aku berazam aku taknak buat mcm tu pada orang lain. Well kadang2 terkutuk jugak tp mereka tarik balik aku ke atas dan jauh dari kesilapan itu. Mereka tegur aku, mereka marah aku, mereka sound aku sebab terang lagi bersuluh AKU YANG SALAH. Korang tak perlu sebenarnya sampai nak edit2 gambar dia dan trolled dia. Tak suka cakap tak suka, jangan jadi penakut macam aku *eh*. Tak suka kau orang IM dia ramai2 and terangkan yang kau tak suka perangai dia, kalau dia nak dengar bagus and kalau taknak PERGI MAMPUS. Senang kan ? Tak payah sampai penat tangan, otak dan segala sendi sendi nak buat mcm2 semata2 nak sakitkan hati dia. Beside dia bukan baca pun apa korang buat tu. Yang dok baca bdk2 scene kita gak la. Tak malu ke ? Kata unite di mulut tapi hati ? TAK PERLU utk korang buat mcm tu. Kesian dia, biarkan dia datang, biarkan dia nak mosh ke terbang ke or nak stage dive ke, tak suka takpayah sambut habis cerita. Ajal maut di tangan Tuhan.

Dalam dunia ini tak semua org kita suka TAPI harus kita ingat TAK SEMUA SUKA kita. Jadi jaga diri, jaga peribadi. Kadang2 aku terlepas cakap juga sampai ada member2 aku sakit hati, marah dan paling dasat menyampah dengan aku. Apa aku mampu buat ialah mintak keampunan dari mereka, Kalau mereka tak maafkan itu urusan mereka dengan yang di ATAS. Kalau dimaafkan aku akan cakap berbanyak terima kasih kerana memberi aku peluang kedua. INGAT kita manusia biasa tak lari dari salah dan silap tapi JANGAN CARI PASAL macam aku jugak *ehh lagi*.

Sebelum aku blah utk pergi solat Jumaat mari kita baca sepotong hadis dari Baginda Nabi SAW yang bermaksud :

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Maafkan aku sekiranya ada yang terasa dengan post ini. Cuma menyampaikan peringatan sesama kita sahaja.

Sekian, Assalamualaikum

2 comments:

  1. Nak buat macam mana.Ramai sangat yang "true hardcore" sekarang ni.Padahal baru tahun ni aku nampak kat gig dah mula nak bahan budak baru.Konon "true" sangat la tu.Kote la

    ReplyDelete