Sunday, May 6, 2012

JUMAAT YANG RABAK

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua.

Baiklah pada hari Jumaat 4 Mei 2012 telah berlaku satu malapetaka di Rumah Api Ampang. Bukan malapetaka celaka tapi hentakan serba padu serta riff dan vocal irama grindcore yang menjahamkan gegendang telinga hingga sampai ke medulla oblongata iaitu



Band The Arson Project ini yang berasal dari tanah sejuk iaitu Sweden terkenal dengan penghasilan band band berunsur keras dan ganas yang terbaik di mana di sini lah asalnya In Flames sebuah kuartet melodic death metal terkenal di sana. Baiklah gua bukan nak cerita pasal In Flames sebab gua tak minat depa semua. Gua nak cerita satu demo yang gua beli iaitu produk band Malaysia sendiri iaitu demo dari sebuah band yang dikatakan otai iaitu Deforming Torture dari Shah Alam. Demo tersebut bertajuk 


Sangat mengujakan apabila tangan gua memegang demo "Pacifier" ini walaupun menurut brother yang jual demo nie kata ada demo 1st depa tp gua x jumpa so tak dapat beli HAHAHA kalau tak gua dah review dua dua. Tapi walau apapun mereka menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam penghasilan material ini, Hentakan drum yang intense disertakan vocal dan permainan gitar yang mantap sangat sesuai dengan status mereka sebagai orang lama di dalam scene ini. Walaupun depa 1st band yang perform masa gig Jumaat lepas tapi gua dah dapat aura sikit2 nak headbang tp sayang malu dikatakan mcm rusa masuk kampung pula HAHAHA. Nonetheless gua amat enjoy mendengarkan demo ini setibanya di rumah pada esok pagi nya HARHARHAR. Trek paling menonjol pada gua sudah semestinya trek Pacifier dan Vengeance. Mungkin pasal tajuk dia agaknya HAHAHA tp sebenarnya gua layan Vengeance lagi sbb pada pertengahan lagu, gitar dia macam mengejek ejek gua supaya memahami apa itu grindcore HAHAHAHA. Mungkin tu pasal tajuk dia Vengeance sbb nak bgtau semua orang kot yang grindcore ini adalah GRINDCORE, faham ke tak ? Malas gua nak terangkan sebab lu orang boleh Wikipedia benda alah nie HEHEHE. 

Gua rasa lu orang takkan rugi beli demo ini dan gua cadangkan kalau jumpa 1st demo depa lu orang angkut skali sebab kalau 2nd material awesome maka 1st material lagi rabak punya. Gua rasa berbaloi beli demo ini. Kalau lu orang nak tau apa yang gua maksudkan sila dapatkan demo ini dengan segera dan sementara stok masih ada lah kan ?.

Mereka semua boleh dihubungi di link FB seperti berikut : Deforming Torture dan rasakan intensity grindfreaks dari Shah Alam. Kasi picahhhh !!!!!!

Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment