Tuesday, February 21, 2012

MENGAPA



"It would've hurt a lot worse
When you ripped my heart from my chest
If I wasn't already dead from the knife at my back"

Friend Was Your Name - Bloody Sunday


Assalamualaikum
Selamat bertemu kembali dalam blog serba serbi hina ini. Seperti 2 post sebelum ini gua dedicate kan kepada scene HC yang gua sayang. Baiklah seperti yang kita dapat baca pada tajuknya, Ya itulah yang gua nak sentuh kali nie.. Nak tahu lebih lanjut sila baca perenggan seterusnya.


Baiklah, seperti yang kita lihat kebelakangan ini atau mungkin pada jangka masa 3 hingga 5 tahun lepas isu backstabbing nie macam satu benda yang bagus untuk dibicarakan. Maksud gua di sini ialah kawan kawan dalam scene kita sendiri, sometime yang kita anggap macam abang/kakak yang sama sama lepak di gig gig sekitar KL or maybe di mana mana kawasan sekitar Semenanjung yang kenakan kita. Kesian betul bila difikirkan semula. Kita tahulah kita nie orang baru kan tp itu bukan alasan untuk "orang lama" macam kau untuk mengenakan kami. Kata nak share knowledge and macam macam lah ayat keluar serupa orang berniaga MLM tp in the end dia kenakan kita balik dengan bash kita sama ada dpn kawan kawan lain atau sekarang lagi advance dengan media sosial yang memang err SIAL.. Gua dah banyak kali terkena dengan benda benda ini semua sejak boleh kata zaman Myspace dan sekutu Tom lagi. Ada kata gua poser, ada kata gua terikat dengan gerakan gerakan subversif ( dah macam masuk militan pulak bunyinya ) dan macam macam lagi lah sampai kadang2 nak menangis gua rasa time tu. Yelah umur baru 15 tahun baru nak dengar Avenged Sevenfold while member lain dah "advance" sampai dengar Napalm Death, Terror dan sewaktu dengan nya. Noob rasa time tu sampai kadang2 nak marah diri sendiri KENAPA sukakan genre keras2 nie. Tapi di sebalik kena kutuk tu gua jumpa jugak kawan kawan yang selalu protect gua and beri gua semangat sambil kata " Matt, walau ape pun orang ckp kau kena kuat sebab tak hatkur lah kau nangis". Tapi gua memang rasa tak hatkur langsung :P.


Tetapi gua nak kembali kepada persoalan pokok, KENAPA masih ada lagi golongan macam nie dalam scene kita ? Tak rasa bersalah ke mengutuk dan menghina orang lain ? Awak tu dah cukup terer ke sampai nak ckp macam2 ? Dokumentari American Hardcore tu kome semua dah tengok sampai berpinar biji mata ye ? KAHKAHKAH korang nie buat aku gelak lah.. Sedangkan aku nie pun tak jumpa2 dokumentari tu ( kat mana nak beli or dalam istilah sekarang download ya ? KAHKAHKAH ) dan aku x berani nak cakap orang lain poser apetah lagi condemn diorang sampai hilang semangat sebab guess what aku believe in KARMA. oh YES Karma will find you kalau kau bikin bangsat sama orang lain. So fikirkan semula apa yang kau dah buat, tak baik kenakan orang lain kan ? Diorang pun ada hak nak layan music apa diorang nak. Okay aku bagi contoh, ada satu gig free dulu kt One Cafe dan bila perkataan FREE ENTRANCE diBOLDkan maka semua kawan kawan kita akan kata "Poser banyak lah nanti nie", tapi korang pernah terfikir tak mat rempit yang korang dok hina tu kalau hangpa semua main motor ada depa ckp hang poser ? Takda kan ? So kenapa bila sampai pada scene kita sendiri kita nak ckp orang lain mcm tu ? C'mon bro tak matang lah macam tu. Setiap orang ada pilihan sendiri dalam hidup dan ini adalah pilihan mereka dan kalau mereka taknak lagi pergi gig lepas lepas nie biarkan lah. Ada mat motor datang kapak kepala kau kalau esok kau taknak turun racing Dataran ? Takda kan ? So dari situ boleh fikir sebenarnya tapi bila otak dah cetek ilmu macam macam lah korang condemn, itu KONFIRM punya.


So gua taknak post banyak2 sebab hampir 70% orang Malaysia tak suka membaca so buang masa je type panjang2. Lagipun hari dah hujan gua pulak tak mandi lagi nie. Sebelum gua undur diri lu orang fikirkan lah apa yang cuba gua sampaikan. Serta tolong lah jangan cuba mengenakan orang lain sebab kita akan jumpa muka yang sama kt mana mana pun x kisah la time gig, kenduri cukur jambul dan mane2 jelah yang boleh korang fikirkan. Ingat KARMA itu seperti Karam Singh Walia, dia akan carik korang semua walau sampai lubang tahi sekalipun :)


Sekian, Assalamualaikum !

3 comments: