Saturday, February 11, 2012

GILA

Assalamualaikum semua, Post kali ini adalah seperti berikut. Cari maksud tersiratnya dan bagitahu aku okay ?


Gila ialah satu gejala atau tanda kurang siuman yang merujuk kepada manusia di mana mereka tidak mampu membuat pertimbangan seperti biasa. Gila juga terdapat dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk kekerasan fizikal atau secara mental. Penyakit schizophrenia, menyebabkan halusinasi, berfikir dan bercakap dengan tidak teratur (random) dan mengalami delusi.
Kegilaan, ialah tanda seseorang itu obses. Terma ini digunakan pada orang yang terlalu meminati sesuatu objek atau perbuatan.
Pada masa kini, perkataan gila kurang digunakan kerana dianggap mempunyai konotasi negatif dan digantikan dengan perkataan kurang siuman, cacat pemikiran, lemah pemikiran (bagi gila-gila bahasa) dan sebagainya.
Kategori gila dalam istilah orang-orang Melayu adalah :
1. Gila Meroyan
2. Gila Babi
3. Gila Kena Rasuk & macam macam lagi

Istilah gila juga boleh diberikan kepada monyet monyet media yang hanya memberikan pendapat dan pendirian serupa bangsat kepada kami budak budak bawah tanah ini. Mereka merasakan kami ini adalah peminum darah seperti Edward Cullen dan sekutunya dalam Twilight sedangkan sirap dan teh o ais menjadi hidangan kami bersama biskut Cap Ping Pong. Bangsat nya mereka ini -__-

Istilah gila patut juga digunakan terhadap mereka di dalam scene underground sendiri apabila asyik mengatakan semua orang poser sedangkan mereka pada waktu dahulunya mendengar dangdut dan mungkin teruk lagi mendengar poco poco di majlis karnival rakyat dan baru lepas explore pasal muzik keras ini barang setahun dua terus nak cop orang poser. Ape benda korang nie ? SAPTEL la wehh dan diulangi SAPTEL SAPTEL dan SAPTEL. Jangan lah keje kau nak memposer kan orang dan kebetulan orang itu adalah dari golongan bangsa mu sendiri. Apa kejadah ini semua ? Bodoh sangat ke tak boleh fikir ? Haish tu pasal la orang Melayu nie sentiasa layu. Opps bukan racist tapi itu kebenarannya bukan ? Kalau dah selama beribu ribu tahun orang luar especially Mat Salleh barua itu melayukan kita maka kita akan layu juga umpama lelaki yang kehilangan kelelakian nya dan memerlukan Viagra mahupun bergelas gelas kopi Tongkat Ali untuk meningkatkan keperkasaan beliau. Jadi jangan lah nak selalu ckp orang lain poser. Cerminkan diri sendiri dulu. Dan aku ingin tegas kan di sini NO ONE and aku maksudkan NO ONE is fucking true. We're all learners and still stay the same way sampai mati so kalau ada salah seorang dari kalian yang sibuk mengaku true tapi dalam masa yang sama kutuk2 orang lain, maki2 orang lain baik lupakan lah. Orang mcm kamu nie layak dilenyek dalam tempat pembakaran sampah aje sbb golongan mcm korang nie lah yang merosakkan scene itu sendiri satu hari nanti. Aku juga tak kata aku true, Betul aku dengar jenisan muzik keras ini since aku F3. Tak lama mana pun, apalah nak dibandingkan timeline dengan pengalaman orang lain. INGAT ! Mungkin lain orang lain cara dan pengalaman so fikir2 kan lah dan berpijak la di bumi yang nyata.


Jadi secara natijahnya istilah orang gila dan scene muzik Malaysia pada masa kini amatlah sesuai sekali dibincangkan di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara demi meningkatkan martabat kita sebagai bangsa yang dahulunya menjadi kebanggaan Nusantara

Sekian Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment