Thursday, March 1, 2012

DEATH IS A LIE

Assalamualaikum


Baiklah fokus pada minggu ini ialah

Gua rasa berbaloi nak expose pasal mereka nie semua bukan sebab mereka bawak genre fusion iaitu deathcore tapi gua rasa berbaloi cerita pasal mereka for all the things they had done to make DIAL dikenali ramai. Apa yang amazing tentang mereka ini ialah walau sukar mana perjalanan mereka tetap ada fighting spirit. From 2009 and still running bak kata gitaris mereka Syazriq Ghazali. Gua 1st discover band nie masa gig Stand Up & Scream! kt Rumah Api bulan January lepas kalau tak silap lah kan. Memang naik2 bila tgk performance diorang or mungkin sbb time tu diorang cover Maki Hamun from Naratu kot HAHAHA. Walau apa pun sebab nya gua tetap rasa band ini akan dapat pergi jauh, mana tau dpt perform Hell Fest ke kan ? Tak mustahil sebab MALAYSIA BOLEH ! jadi ini semua berbalik kepada kita sendiri iaitu peminat muzik keras tegar yang bakal mencorakkan masa depan band ini sendiri.

Disini disertakan juga sekeping dua gambar persembahan live mereka utk tatapan kalian









Buat masa ini DIAL telah merakam beberapa material dan teaser dah pun diletak dalam FB mereka untuk didengari oleh semua di www.facebook.com/deathisalie. Menurut Syazriq lagi, mereka hanya menunggu proses mastering sahaja dan single ( mungkin EP ) akan dirilis kan tak lama lagi * gua pun tgh tunggu update bros * tapi takpa gua akan tunggu punya lah :D . Mereka akan menggegarkan pada 31st March iaitu gig "Tribute To Howard Jones" di Rumah Api Ampang. Jadi jangan lepas kan peluang melihat kuartet ini beraksi di hadapan mata anda. Apa lagi anda mahukan ? Ini orang kita, muzik kita dan scene kita. KITA LIHAT JAUH MANA PERGI DIA !!

Sekian, Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment