Friday, March 16, 2012

BETRAYAL CONFLICT

Assalamualaikum..


Selamat malam hamba ucapkan. Sudah lama tidak menulis ya ? Sedikit sebanyak rindu juga nak menulis walaupun gua tau takda sapa penah comment apa yang gua post. Tapi gua tau ada yang baca post post gua dan gua ucapkan ribuan terima kasih daun keladi, ada duit gua belanja KFC hehehe.


Baiklah seperti tajuk di atas gua nak perkenalkan sebuah band yang berpengkalan dari Merlimau, Melaka, kira saing-saing Pak Daud Pisang kt Pekan Merlimau lah nie iaitu :



Mereka ini adalah kuartet 5 saudara ( walaupun yang bersaudara dalam band nie 2 orang je lah ) yang semuanya kira native Merlimau. Memang tegar mereka ini semua dalam membawa genre kegemaran mereka iaitu Metalcore. Menurut gitaris mereka iaitu Encik Badrul Azhar ( si pemandu pelancong ) mereka ini punyai citarasa yang tegar terhadap band metalcore dari Australia iaitu Parkway Drive. Oh mate you an awesome buddayh ( sila baca dalam slang Aussie ). Masakan tidak aku kata macam tu sebab pada mula aku jumpa Encik Badrul adalah pada tahun 2010 kalau tak silap aku ketika menuntut di kolej yang sama memang dia dengar Parkway Drive dengan bersungguh sungguh benor. Mereka juga dah banyak bermain di gig gig sekitar Melaka dan boleh kata dah start jajah Malaysia nie kau tau tak ? Aku juga berkesempatan menonton persembahan mereka di Fayralta Studio Melaka, Penang, Tampin dan 1 2 tempat yang dah lupa pulak di mana KEHKEHKEH dah tua betei hamba nie. Disini aku sertakan beberapa keping gambar persembahan live mereka :










Selain mengukir nama di flyer flyer gigs, mereka juga dah release satu demo dengan single terhangat iaitu "Beauty Killed The Beast" dan "I Never Touch Your Blood". Walaupun kualiti rakaman boleh tahan pada pendapat aku TAPI mereka punyai aura yang tersendiri ketika berada di atas pentas. Nak tau kena lah tonton mereka secara live dan BERBAYAR barulah support nama nya kan ? Demo mereka pulak aku tak pasti lah masih wujud di pasaran atau mereka akan release yang latest so kene tunggu update wokeyh ? Mereka boleh di check it out di laman sesawang * bukan sawang Spiderman * and just search BETRAYAL CONFLICT okay :) . Gua rasa berbaloi check out mereka ini kerana mereka ini memang berbakat besar dan boleh jalan jauh mungkin sampai seberang tambak mungkin ? Hmm itu hanya spekulasi dan kalau betul itu semua terpulang kepada kemahuan crowd dan MEREKA sendiri dalam merealisasikan impian itu menjadi kenyataan * dah macam AF *. Akhir kalam majulah mereka dalam scene dan last shout aku ialah

ORANG MERLIMAU AWESOME OIIIIII !!!!!

Sekian, Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment